Tuesday, 4 October 2016

Marie France Bodyline


Diam tak diam dah lama jugak aku wat treatment dekat kak marie ni.. since october 2012. Macam-macam treatment & pakej aku dah try. Honestly, untuk capai tahap kurus langsing macam model dia memang tak la. Mula-mula menterjebakkan diri ke MFB tu memang la tujuannya untuk turunkan berat badan. Tapi kalau kita tak jaga pemakanan pun, matlamat nak kurus tu takkan tercapai ye kawan2 sekalian. Kalau korang tanya aku berapa pulak aku berabis untuk buat treatment kat MFB nih.. Memang berabis banyak dik non.. harga dia pun berbeza-beza sebab dia ada macam-macam jenis program. 

Ok hari ni aku terpanggil untuk share experience 1 treatment baru. Dynamic Sculptor Treatment (DST) nama dia. DST ni membantu untuk improve cellulite conditions kita. Korang pernah dengar 'Orange Peel Skin'? DST boleh bantu. Walaupun treatment ni dibuat di bahagian perut dan ke bawah, tapi beri kesan kepada seluruh badan. Tapi dia yang kata la. Bukan aku kata. 

Treatment ni mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Mula2 therapist tu akan buat welcome massage bagi ko rasa feeling2 cam byk duit. Pastu dia akan sembur/ massage dekat perut & kaki dengan body prep lotion (lebih kurang macam scrub massage). Lepas massage dia akan letak 1 botol 5 ml ampoule dekat area yang sama. Aku tak tanya apa fungsinya sebab tak nak kacau konsentrasi amoi tu urut aku. Ahaks.. 

Inilah rupa menda alah yang therapist tu balut kat badan aku
Lepas urut @ chi massage, therapist balut aku dengan wrapping kat atas tu then kena pakai seluar plastik sebelum dibalut lagi dengan sut khas. Wrapping tu berfungsi untuk meningkatkan sistem pembuangan @ detoks, meningkatkan kadar metabolisme sel2 lemak dan meningkatkan keanjalan kulit. Lepas dah siap dibalut dan dipasangkan dengan mesin khas... apa lagi. Relaks la.

Masa ni aku dah tak boleh gerak. Sebab mesin ni tgh wat koje mengurut. Tapi nak jugak snap pic 
Inilah sut khas yang boleh urut2 tu
Selesai sudah perkongsian aku untuk treatment terbaru daripada Marie France Bodyline. Sekarang MFB offer aku 5 sesi DST ni dengan harga RM2,499. Tapi aku ada byk treatment tak abis lagi. Lagipun bajet dah burst. Nanti aku share lagi treatment yang lain di lain entry ye.  

Babai..


Wednesday, 30 March 2016

Fasa Pertama Di Persatuan Dysleksia Malaysia

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak update kisah anak montel dysleksik saya. 31 Mac 2016 ni berakhir la kelas terapinya di Persatuan Dysleksia Malaysia (PDM). Untuk makluman semua, saya telah mendaftarkan anak istimewa saya di Persatuan Dysleksia Malaysia bermula awal Januari 2016 dan telah mendapat kelulusan cuti daripada pihak sekolah. Walaupun anak saya masih belum mampu membaca dan mengira tapi sekurang-kurangnya hasil usaha guru2 di PDM dia sudah boleh mengenal warna, menyambung garisan (walaupun masih herot berot), mengenal susunan nombor 1 hingga 10 membezakan huruf ‘b’ dan ‘d', mengenal huruf vokal dan huruf pertama sesuatu benda.


Perkembangannya agak perlahan berbanding usianya tapi alhamdulillah ada kemajuan. Saya memang kena banyakkan berfikiran positif dan bersyukur kerana Allah pilih saya untuk menjaga anak istimewa. Kena banyak memandang pada ibu bapa yang lebih berat ujianNya untuk kita bina kekuatan dalaman. Ibu bapa dysleksik juga kena selalu ingatkan diri bahawa anak anak ini kemahiran motor mereka lemah. Jadi kita sebagai ibu bapa kena selalu buat latihan berulang kali untuk tingkatkan kemahiran motor mereka dan jangan putus asa. Nampak macam mudahkan tapi percayalah bukan semudah kita mengajar anak2 normal. So ibu bapa dysleksik kena ada tahap kesabaran yang sangat tinggi ya.. dan itulah kekurangan saya dalam membentuk anak istimewa saya.

Pandangan saya terhadap anak2 dysleksia ni terutamanya anak saya, dia ada keinginan untuk belajar, cuba untuk memahami, cuba untuk fokus dan ada komitmen untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya tetapi kemampuannya terhad. Walaupun telah dipandu dan diajar dalam bahasa dan gaya pengajaran yang mudah tetapi masih sukar diikuti. Kuncinya SABAR tahap tinggi ya..

Sejak akhir-akhir ni, anak saya sering bertanya fasal arwah kakak dia.. mungkin dia terfikir kenapa dia takde adik beradik macam orang lain. Untuk buat dia tidak berasa keseorangan saya kena jadi kawan dia juga. Maksudnya saya kena bermain macam dia. Tak terlayan dik non. Sian..

Anak2 dysleksia juga suka mengulang perkataan dan penceritaan yang dia suka. Kalau anak saya memang selalu camtu. Cerita yang berlaku semalam, esoknya dia cerita lagi.. tapi dia akan merujuk perkara tu seperti berlaku semalam. Tapi saya rasa itulah kelebihan dia... memorinya sangat bagus terutamanya yang melibatkan cerita tentang keluarga... contohnya kalau satu hari tu abah dia terlupa bawah handphone... esoknya dia akan ingatkan abah dia “abah dah bawak handphone?”... tulat pun dia akan cakap perkara yang sama takut abah dia terlupa lagi. Tapi bila melibatkan pembelajaran sama ada membaca mahupun mengira memang sangat susah untuk dia mengingati.

Awal bulan April 2016 ni bermula la sesi persekolahannya di sekolah biasa. PDM banyak membantu tapi sekolah biasa pun tak boleh la nak cuti lama-lama. Seperti biasa, saya masih lagi berfikir.

Untuk ibu bapa yang masih buntu hala tuju anak tu boleh la survey2 Persatuan Dysleksia Malaysia. Lebih awal lebih baik. Sebab memang boleh nampak perubahannya. Untuk mendaftar, ibu bapa perlu buat test dulu bagi menentukan tahap dysleksik anak anda dan tentu sekali dikenakan bayaran. Sebab tempat ni tak dapat bantuan Kerajaan. So bayaran yang kita bayar tu digunakan untuk tampung kos operasi persatuan tersebut. Jangan lupa mohon kelulusan cuti daripada pihak sekolah untuk memastikan bantuan elaun pemegang kad OKU diterima...

Moga kesabaran milik kita..