Tuesday, 4 October 2016

Marie France Bodyline


Diam tak diam dah lama jugak aku wat treatment dekat kak marie ni.. since october 2012. Macam-macam treatment & pakej aku dah try. Honestly, untuk capai tahap kurus langsing macam model dia memang tak la. Mula-mula menterjebakkan diri ke MFB tu memang la tujuannya untuk turunkan berat badan. Tapi kalau kita tak jaga pemakanan pun, matlamat nak kurus tu takkan tercapai ye kawan2 sekalian. Kalau korang tanya aku berapa pulak aku berabis untuk buat treatment kat MFB nih.. Memang berabis banyak dik non.. harga dia pun berbeza-beza sebab dia ada macam-macam jenis program. 

Ok hari ni aku terpanggil untuk share experience 1 treatment baru. Dynamic Sculptor Treatment (DST) nama dia. DST ni membantu untuk improve cellulite conditions kita. Korang pernah dengar 'Orange Peel Skin'? DST boleh bantu. Walaupun treatment ni dibuat di bahagian perut dan ke bawah, tapi beri kesan kepada seluruh badan. Tapi dia yang kata la. Bukan aku kata. 

Treatment ni mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Mula2 therapist tu akan buat welcome massage bagi ko rasa feeling2 cam byk duit. Pastu dia akan sembur/ massage dekat perut & kaki dengan body prep lotion (lebih kurang macam scrub massage). Lepas massage dia akan letak 1 botol 5 ml ampoule dekat area yang sama. Aku tak tanya apa fungsinya sebab tak nak kacau konsentrasi amoi tu urut aku. Ahaks.. 

Inilah rupa menda alah yang therapist tu balut kat badan aku
Lepas urut @ chi massage, therapist balut aku dengan wrapping kat atas tu then kena pakai seluar plastik sebelum dibalut lagi dengan sut khas. Wrapping tu berfungsi untuk meningkatkan sistem pembuangan @ detoks, meningkatkan kadar metabolisme sel2 lemak dan meningkatkan keanjalan kulit. Lepas dah siap dibalut dan dipasangkan dengan mesin khas... apa lagi. Relaks la.

Masa ni aku dah tak boleh gerak. Sebab mesin ni tgh wat koje mengurut. Tapi nak jugak snap pic 
Inilah sut khas yang boleh urut2 tu
Selesai sudah perkongsian aku untuk treatment terbaru daripada Marie France Bodyline. Sekarang MFB offer aku 5 sesi DST ni dengan harga RM2,499. Tapi aku ada byk treatment tak abis lagi. Lagipun bajet dah burst. Nanti aku share lagi treatment yang lain di lain entry ye.  

Babai..


Wednesday, 30 March 2016

Fasa Pertama Di Persatuan Dysleksia Malaysia

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak update kisah anak montel dysleksik saya. 31 Mac 2016 ni berakhir la kelas terapinya di Persatuan Dysleksia Malaysia (PDM). Untuk makluman semua, saya telah mendaftarkan anak istimewa saya di Persatuan Dysleksia Malaysia bermula awal Januari 2016 dan telah mendapat kelulusan cuti daripada pihak sekolah. Walaupun anak saya masih belum mampu membaca dan mengira tapi sekurang-kurangnya hasil usaha guru2 di PDM dia sudah boleh mengenal warna, menyambung garisan (walaupun masih herot berot), mengenal susunan nombor 1 hingga 10 membezakan huruf ‘b’ dan ‘d', mengenal huruf vokal dan huruf pertama sesuatu benda.


Perkembangannya agak perlahan berbanding usianya tapi alhamdulillah ada kemajuan. Saya memang kena banyakkan berfikiran positif dan bersyukur kerana Allah pilih saya untuk menjaga anak istimewa. Kena banyak memandang pada ibu bapa yang lebih berat ujianNya untuk kita bina kekuatan dalaman. Ibu bapa dysleksik juga kena selalu ingatkan diri bahawa anak anak ini kemahiran motor mereka lemah. Jadi kita sebagai ibu bapa kena selalu buat latihan berulang kali untuk tingkatkan kemahiran motor mereka dan jangan putus asa. Nampak macam mudahkan tapi percayalah bukan semudah kita mengajar anak2 normal. So ibu bapa dysleksik kena ada tahap kesabaran yang sangat tinggi ya.. dan itulah kekurangan saya dalam membentuk anak istimewa saya.

Pandangan saya terhadap anak2 dysleksia ni terutamanya anak saya, dia ada keinginan untuk belajar, cuba untuk memahami, cuba untuk fokus dan ada komitmen untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya tetapi kemampuannya terhad. Walaupun telah dipandu dan diajar dalam bahasa dan gaya pengajaran yang mudah tetapi masih sukar diikuti. Kuncinya SABAR tahap tinggi ya..

Sejak akhir-akhir ni, anak saya sering bertanya fasal arwah kakak dia.. mungkin dia terfikir kenapa dia takde adik beradik macam orang lain. Untuk buat dia tidak berasa keseorangan saya kena jadi kawan dia juga. Maksudnya saya kena bermain macam dia. Tak terlayan dik non. Sian..

Anak2 dysleksia juga suka mengulang perkataan dan penceritaan yang dia suka. Kalau anak saya memang selalu camtu. Cerita yang berlaku semalam, esoknya dia cerita lagi.. tapi dia akan merujuk perkara tu seperti berlaku semalam. Tapi saya rasa itulah kelebihan dia... memorinya sangat bagus terutamanya yang melibatkan cerita tentang keluarga... contohnya kalau satu hari tu abah dia terlupa bawah handphone... esoknya dia akan ingatkan abah dia “abah dah bawak handphone?”... tulat pun dia akan cakap perkara yang sama takut abah dia terlupa lagi. Tapi bila melibatkan pembelajaran sama ada membaca mahupun mengira memang sangat susah untuk dia mengingati.

Awal bulan April 2016 ni bermula la sesi persekolahannya di sekolah biasa. PDM banyak membantu tapi sekolah biasa pun tak boleh la nak cuti lama-lama. Seperti biasa, saya masih lagi berfikir.

Untuk ibu bapa yang masih buntu hala tuju anak tu boleh la survey2 Persatuan Dysleksia Malaysia. Lebih awal lebih baik. Sebab memang boleh nampak perubahannya. Untuk mendaftar, ibu bapa perlu buat test dulu bagi menentukan tahap dysleksik anak anda dan tentu sekali dikenakan bayaran. Sebab tempat ni tak dapat bantuan Kerajaan. So bayaran yang kita bayar tu digunakan untuk tampung kos operasi persatuan tersebut. Jangan lupa mohon kelulusan cuti daripada pihak sekolah untuk memastikan bantuan elaun pemegang kad OKU diterima...

Moga kesabaran milik kita..

Monday, 28 December 2015

Rutin Si Dysleksia

Hati masih berat untuk terima.. anak yang disangkakan lambat perkembangannya akibat komplikasi jantung masa baby rupanya disahkan dysleksia.. Kalau la aku tau dari awal.. tapi nak menyesal pun tak guna. 26 Disember 2015 genap umur dia 8 tahun. 2016 dah masuk darjah 3. Aku tak boleh buang masa lagi. Mana tau kuasa Allah.. Tak siapa boleh dugakan.

Sekarang ni, setiap bulan Hani akan jumpa therapist dia di Hospital Sultanah Aminah. Suatu hari tu, ada la sorang makcik tu bawak husband dia wat terapi sebab strok. Dia tanya aku bawak sapa.. aku pun tunjuk la si budak montel yang terlebih sihat tu. Dia tanya sakit apa.. huhu.. berkira-kira jugak nak cakap ke tidak. last-last aku bagitau 'ada masalah sikit'.. full stop. Malas nak panjang cerita.

1st visit dengan therapist Hospital Sultanah Aminah sebelum disahkan Dysleksia

Body posture dan cara Hani pegang pensel sangat stress.. kata therapist


Therapist yang baru ni agak strict dengan Hani. Dengan berat Hani 36 kg, disuruh berdiri dan melompat 50 kali. lebih kurang 1 1/2 jam jugak la kita orang tengok member tu terseksa.. haha.. menangis-nangis member tu. Petang tu aku try buat excercise yang Hani buat masa terapi. Ha.. Semput mak. Nasib ko la nak... apa nak buat. Next visit pada awal bulan Februari 2016. Therapist tu kata kalau buat tak betul, denda ketuk ketampi 200 kali. 

Ini antara latihan untuk sambungkan otak kiri dan kanan

Bukan mudah nak ajar Hani.. Sebabnya otak kiri dan kanannya tak bersambung. Mesti korang tanya camne nak tau otak tu sambung ke tak.. aku tau la. Sebab therapist tu bagitau camtu. Bole jawab camtu. Haha.. Ok serius. Ini daripada kajian diorang la daripada pemerhatian masa 1st visit bulan Julai aritu. Hani ni bila dia menulis atau melukis dia suka buat bulat dan belah kiri je.. dia tak boleh tulis/lukis kiri ke kanan. Kalau dia tulis 1,2,3.... dari kiri ke kanan.. bila sampai point tengah ke kanan tulisannya akan naik turun. tulisan macam orang mabuk. Sebabnya therapist dia kata kanak-kanak macam Hani ni daya koordinasi dan keseimbangannya sangat lemah. Kanak-kanak dysleksia tidak boleh fokus sebab setiap abjad atau angka yang dilihatnya bertaburan. Kalau aku tengok Hani ni kalau dia disuruh menulis/ melukis, matanya tu tak tengok apa yang ditulis/dilukis. So jangan harap la hasilnya tu perfect. Buat hati panas aje... kesabaran kena berada pada tahap paling maksimum.. susah woo...

Semua latihan main peranan untuk improve koordinasi dan keseimbangan otak penghidap Dysleksia 
Nampak mudahkan. Tapi sangat susah untuk Hani. Sampai koyak kertas mahjong tu. Nampak tak garisan terpeleot tu? Stress mak tau. Sebab orang normal macam kita akan fikir nape benda senang camni pun tak boleh buat. Aku kena banyak tenangkan diri sendiri
 
Dari umur 5 tahun sampai sekarang 8 tahun masih belum master tau. Masih buat latihan buku kindergarden. 
Nanti aku share lagi. Sekurang-kurangnya kalau orang tak baca pun, bole jadi rujukan aku bila Hani berjaya nanti. Dia kata nak masuk universiti macam Acu.. Sayu aku dengar sebab aku tak pasti impiannya boleh ke jadi nyata. 

Wednesday, 23 October 2013

Sabah Lagi..

Awal bulan Oktober 2013 aritu, aku anak beranak sekali lagi ke Sabah untuk bercuti. Seronok sebenarnya Sabah ni. Selain daripada makanan lautnya yang yum..yum.. udara di Kundasang membuatkan aku terpanggil nak ke sana lagi..Sebelum lebih banyak menceceh, meh layan gambo dulu..


Le jugak. Tapi Le Hotel. Betul2 sebelah dengan Le Meridien yang mewah tu. Jadik la labu..

Fresh gilos. bako gitew jek. xde letak serbuk kunyit bagai. Diorg panggil ikan uji rashid. Kite panggil ikan merah.. comel jek

Bayangkan aku dgn laki aku makan cam ni byk. gile melantak namanya ni


Datang Gayang Seafood Restaurant jangan lupa order ketam lembut goreng ni. mcm jemput2 ketam

Dgn harga hanya RM166 @ agoda, kitaorg dpt tido dgn amatlah selesanya..

Bilik air pun not bad. bersih dan sangat2 mengujakan. kah..kah..

Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulillah..

Dapat jugak nak berblog ni. hehe.. tah pape kan. ye la zaman dulu2 sibuk nak berdiari. bila dah menyemak diari tu mula la takde mood nak menulis..Tapi bila anak dah besar ni,  mula la rasa  takde menda menarik nak dibuat. maka bermulalah idea nak ada blog. Huhu..